Halwa telinga

Saturday, January 30, 2010

DAPAT KERJA

Aku nak mulakan hidup baru. Melangkah ke dunia pekerjaan pada hari Isnin ni sebagai Marketing Officer dakat AM Bank Metropolis Johor Bahru...Harap semua berjalan dengan baik. Buat kawan2 yang belum mendapatkan pekerjaan, aku faham perasaan korang semua. Sebagai kawan , aku harap korang tak putus asa dan aku doakan ada kerja yang baik menuggu korang sumer. Cume kena bertahan sikit. Bertahan itu maksudnya, ber SABAR dan ber USAHA....AMIN

Friday, January 29, 2010

perghhhh panas je kan..nak telefon separuh-separuh

Source: google image



Aku baru je dptcall dr Am bank td ..Pe lagi, brbunga-bunga cinta la hati ni...Dia tya aku bila boleh report duty...aku ckp la this Monday....pastu dia sendiri tk sure bile nak aku report duty....perghhhh,,,,,,pastu after a bit discussion, aku dgr la sikit2, pastu dia ckp nnti dia call back.....but nanti dia tu mcm thun depn jer...panas je aku.......dia biar kan aku tergantungggg

waiting one call

Hari ni hari jumaat dah...dalam diam dah seminggu Sultan kita mangkat. Pastu jiran aku pulak suami dia meninggal sebab xcident. Al-Fatihah buat kedua-duanya. dan seminggu jugak la aku menuggu telefon dari AMbank nak lapor diri kerje bile? Sampai ke hari ni tak telefon2. Bengang giler aku.Dia nk ke tk nak sebenrnya bg aku kerje. Kalau aku telefon, ckp "tunggupihak AMbank tel".. Geram je aku.....aku seakan-akan fed up pon ade jugak......sabor je la....

Thursday, January 28, 2010

I walk across an empty land: Contest baru pulak

I walk across an empty land: Contest baru pulak

Contest baru pulak




Ni percubaan pertama ku untuk masuk contest melalui blog. Dengan konsep black and white, fuh gambar2 mesti lebih nampak nostalgia nya. Jom la ramai-ramai joint contest ni. Gambar yang nak dimasukkan dalam contest ialah gambar kat bawah ni. Gambar kat kebun sekitar pontian. Aku sedang cube menungang seekor anak kambing tp tak sempat dia da cabut lepas tu.



New interest, new collection



Inilah kegiatan terbaru sepanjang proses mencari kerja. Selain menggunakan internet sebagai medium untuk mencari kerja-kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada, tatkala itulah aku sibuk melihat blog2 orang. Dan dari situ la aku start untuk buat blog sendiri pada thun 2010 ni.

Antara Blog yang menjadi pilihan ialah blog yang menjalankan business online terutamanya shawl, tudung, kebaya, blouse dan lain-lain. Akibatnya, aku telah membeli beberapa helai shawl secara online. Polka dot shawl antara yang menjadi pilihan. Selain memiliki warna yang ceria, ia juga seperti mengingatkan kita pada konsep retro yang pernah popular di zaman 60an.

Menunggu mu...

Tengok pada tajuk entry ni mcm tunggu saper jer kan? Actually this post di taip kerana aku menuggu panggilan dari AMbank untuk lapor diri kerja. Medical check up da buat, tp kerja tak tau bila start. Aku rasa da menunggu terlalu lama dah ni. Suke buat aku tertunggu-tunggu... Geram tau.Bulan Jan 2010 dah nak hbis da minggu ni. Kawan aku yang sama-sama cari kerja dengan aku dah 2 minggu start kerja. Memang la rezeki dia, tapi aku ni, da dpt kerja tp macm tak dapat je. Kadang2 aku rasa hilang semangat nak kerja. ALhamdulillah ada lagi pihak yang masih sudi memberi kata perangsang kepada aku. Naik balik semangat aku. SEMANGATTTTTTTTT.

Wednesday, January 27, 2010

Satu percubaan

Terlabih dahulu syukur Alhamdulillah kepada ALLAH SWT kerana limpah kurnianya selama ini. Tidak lupa buat keluarga yang disayangi, ibu, ayah, along dan adik dan juga buat saudara mara terdekat. Selain itu, tidak lupa buat semua yang telah memberi tunjuk ajar, nasihat, ilmu dan sebagainya iaitu para pendidik dan sahabat handai.Semoga tahun 2010 ini memberi penuh cahaya dalam hidupku.

Sekrang ni da masuk alam pekerjaan setelah 5 tahun bertungkus lumus dalam dunia pmbelajaran di Universiti yang tidak asing lagi di Malaysia ni iaitu UiTM cawangan Johor. Aktiviti terkini ialah sibuk mencari kerja. Sekarang peluang pekerjaan nampak banyak tapi kita harus bersaing dengan berjuta pelajar lain yang turut sibuk mencari kerja. Dan Alhamdulillah, nampak usahaku seperti membuahkan hasil apabila AMbank menelefon ku untuk membuat medical check up. Peluang yang di beri tidak akan ku sia-siakan. Terima kasih yang menyokong.